Braille bahasa Arab

Tulisan Braille bahasa Arab (Bahasa Arab: بريل عربية‎, birēl ʻarabīyah / birayl ) ialah huruf braille yang digunakan untuk menulis bahasa Arab. Ia berasal daripada huruf braille yang dibawa masuk ke Mesir oleh seorang pendakyah Kristian Inggeris sebelum 1878, jadi peranan huruf itu secara umumnya secocok dengan Braille Inggeris dan beberapa perumian bahasa Arab sebagaimana dalam sistem-sistem braille lain seperti Yunani dan Rusia. Bagaimana pun, terdapat pada suatu ketika pelbagai piawai, ada antaranya (seperti Braille Algeria) yang tidak bersangkutan dengan Braille Mesir. Tulisan Braille bahasa yang disatukan telah diterima pakai pada 1950-an sebagai sebahagian daripada gerakan terhadap braille antarabangsa, dan ia menjadi piawai di serata dunia Arab.[1] Huruf-huruf berasaskan huruf Arab lain yang mempunyai sistem braille yang serupa dengan tulisan Braille bahasa Arab, seperti Urdu dan Parsi, tetapi berbeza pada beberapa huruf dan penetapan tanda diakritik.[2]Tulisan Braille bahasa Arab dibaca dari kiri ke kanan, menuruti kelaziman antarabangsa. Nombor juga dari kiri ke kanan, sebagaimana dalam bahasa Arab bercetak.